Monday, 30 July 2012

Pelancaran Pemadam

 Pelancaran PEMADAM

Pelancaran PEMADAN di peringkat Mukim Hutan Melintang, Perak pada 9 Ogos 2008. PEMADAM adalah singkatan dari Persatuan Mencegah Dadah Malaysia. Ia adalah satu pertubuhan sukarela yang ditubuhkan untuk menolong mereka yang bermasalah berbangkit daripada penggunaan dadah, untuk memberi tunjuk ajar kepada orang ramai mengenai bahaya-bahaya penggunaan dadah dan juga untuk mendapat kerjasama orang ramai dalam usaha membasmi dadah khususnya di peringkat Mukim Hutan Melintang. 

Objektif Penubuhan PEMADAM 
  1. Untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta agensi-agensi mereka dan lain-lain badan dalam usaha untuk menghapuskan pengeluaran dan perniagaan dadah yang menyalahi undang-undang dan penggunaannya dalam apa-apa bentuk.
  2. Untuk membasmi serta menjalankan penyelidikan mengenai penggunaan dadah dan untuk membantu bekas-bekas penagih dadah melalui jagaan lanjutan.
  3. Untuk menyedarkan masyarakat akan bahaya penggunaan dadah dan melibatkan masyarakat dalam usaha mencegah penyalahgunaan dadah serta bekerjasama dengan Persatuan-persatuan dan badan yang mempunyai tujuan yang sama dengan Persatuan ini. 
  4. Untuk melancarkan kegiatan-kegiatan Persatuan itu dalam di peringkat Mukim Hutan Melintang dan memberi galakan serta bekerjasama dengan Persatuan-persatuan dan Badan-badan yang mempunyai tujuan yang sama dengan Persatuan ini.

Peranan PEMADAM
  1. Mendidik orang ramai mengenai bahaya penggunaan dadah melalui rancangan pencegahan, pendidikan dan penerangan khususnya di peringkat Mukim Hutan Melintang. 
  2. Mengumpul dan menyampaikan pendapat pakar-pakar mengenai penggunaan bahaya dadah dan menganjurkan seminar, majlis dialog, forum dan kursus-kursus.
  3. Membantu dalam menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada penagih dadah. 
  4. Bekerjasama dengan Jabatan-Jabatan kerajaan yang bersangkutan dan lain-lain pertubuhan sukarela dalam usaha mencegah penggunaan dadah khususnya di peringkat Mukim Hutan Melintang.

Senarai Jawatankuasa PEMADAM Mukim Hutan Melintang   

Pengerusi  : Nordin Bin Ahmad

Setiausaha : Siti Nor Alia Binti Mohd Saibi

Penolong Setiausaha : Mohd Razlan Bin Abdul Hamid

Ahli Jawatankuasa (AJK)

No comments:

Post a Comment