Kawasan Hutan Melintang merupakan mukim yang terluas didalam Daerah Hilir Perak dengan keluasan mukim 127,008 ekar atau 52,920 hektar. Mukim Hutan Melintang adalah salah satu
daripada 9 buah mukim dalam Daerah Hilir Perak. Terletak di sebelah selatan
Daerah Hilir Perak dan bahagian pantainya mengadap ke Selat Melaka. Ia bersepadanan dengan Negeri Selangor (Daerah Sabak Bernam), Mukim Teluk Bharu, Rungkup dan Bagan Datoh, manakala Mukim Hutan Melintang meliputi 2 kawasan
Pilihanraya iaitu Parlimen Bagan Datoh dan Teluk Intan serta Dun Hutan
Melintang dan Changkat Jong. Bandar yang berdekatan ialah Teluk Intan 20 km dari Pejabat Mukim Hutan Melintang, Sabak Bernam 18 km dari Pejabat Mukim Hutan Melintang, Bagan Datoh 30 km Pejabat Mukim Hutan Melintang dengan penenpuan di Simpang Empat Hutan Melintang. Hal ini kerana kedudukannya yang strategik dan menjadi laluan utama dari Kuala Lumpur ke Lumut.


No comments:
Post a Comment