Tuesday, 11 September 2012

Program : Jamuan Hari Raya Aidilfitri Dan Sambutan Kemerdekaan yang ke 55
Tempat   : Arena Square Teluk Intan
Tarikh     : 7 September 2012
Masa       : 8.45 pagi  - 12.00 tengah hari

Tuesday, 14 August 2012

Program

Program : Lawatan Pemantau Harga Di Pasar Ramadam Teluk Intan Kementerian        
                 Bersama Perdagagan Hal Ehwal Pengguna Teluk Intan
Tempat : Pasar Ramadam Teluk Intan
Tarikh : 14 ogos 2012 
Masa : 5.00 ptg

Wednesday, 8 August 2012

Program

Program : Program Lapor Diri Pengawasan bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan
Tempat : Pejabat Penghulu Mukim Hutan Melintang
Masa : 12.00 pm hingga 4.00 pm
Tarikh : 08/08/2012

Thursday, 2 August 2012

Program

Program : Berbuka Puasa Bersama Raja Di Hilir Perak
Tempat : Masjid Al-Saadah, Kg. Selabak
Masa : 6.30 malam
Tarikh : 08/08/2012


Ketibaan Raja Di Hilir Perak Raja Jaafar Bin Raja Muda Musa di Masjid Al-Saadah
di Kampung Selabak


Raja Jaafar Bin Raja Muda Musa berbuka puasa bersama dengan
 penduduk di Kampung Selabak
  



Penghulu Mukim Hutan Melintang dan penghulu yang lain juga turut hadir dalam
program berbuka puasa di Masjid Al-Saadah, Kampung Selabak.

Monday, 30 July 2012

Pertubuhan RELA

Pertubuhan Rela di Mukim Hutan Melintang untuk memastikan keselamatan setempat, memastikan keamanan setempa, memastikan kesejahteraan masyarakat setempat dan memastikan keharmonian masyarakat setempat. antara tugas-tugas Rela ialah :-

  1. 'Mata dan telinga' kerajaan dalam aspek keselamatan, sosio ekonomi, pembangunan dan sebagainya.
  2. Sebagai duta kecil kerajaan dalam penyebaran dan perlaksanaan dasar-dasar kerajaan.
  3. Melaksanakan jaringan kerjasama dengan pasukan keselamatan dan lain-lain agensi penguatkuasaan.
  4. Menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan sosio-ekonomi setempat.
  5. Membangunkan modal insan melalui latihan yang bersesuaian.
Senarai Jawatankuasa RELA Mukim Hutan Melintang

Pengerusi : Nordin Bin Ahmad

Ketua Pergerakan RELA Mukim : Kapt. Chenderiah A/L Chandariah

Setiausaha : Siti Nor Alia Binti Mohd Saibi

Penolong Setiausaha : Mohd Razlan Bin Abdul Hamid

Ahli Jawatankuasa (AJK) : -

Pelancaran Pemadam

 Pelancaran PEMADAM

Pelancaran PEMADAN di peringkat Mukim Hutan Melintang, Perak pada 9 Ogos 2008. PEMADAM adalah singkatan dari Persatuan Mencegah Dadah Malaysia. Ia adalah satu pertubuhan sukarela yang ditubuhkan untuk menolong mereka yang bermasalah berbangkit daripada penggunaan dadah, untuk memberi tunjuk ajar kepada orang ramai mengenai bahaya-bahaya penggunaan dadah dan juga untuk mendapat kerjasama orang ramai dalam usaha membasmi dadah khususnya di peringkat Mukim Hutan Melintang. 

Objektif Penubuhan PEMADAM 
  1. Untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta agensi-agensi mereka dan lain-lain badan dalam usaha untuk menghapuskan pengeluaran dan perniagaan dadah yang menyalahi undang-undang dan penggunaannya dalam apa-apa bentuk.
  2. Untuk membasmi serta menjalankan penyelidikan mengenai penggunaan dadah dan untuk membantu bekas-bekas penagih dadah melalui jagaan lanjutan.
  3. Untuk menyedarkan masyarakat akan bahaya penggunaan dadah dan melibatkan masyarakat dalam usaha mencegah penyalahgunaan dadah serta bekerjasama dengan Persatuan-persatuan dan badan yang mempunyai tujuan yang sama dengan Persatuan ini. 
  4. Untuk melancarkan kegiatan-kegiatan Persatuan itu dalam di peringkat Mukim Hutan Melintang dan memberi galakan serta bekerjasama dengan Persatuan-persatuan dan Badan-badan yang mempunyai tujuan yang sama dengan Persatuan ini.

Peranan PEMADAM
  1. Mendidik orang ramai mengenai bahaya penggunaan dadah melalui rancangan pencegahan, pendidikan dan penerangan khususnya di peringkat Mukim Hutan Melintang. 
  2. Mengumpul dan menyampaikan pendapat pakar-pakar mengenai penggunaan bahaya dadah dan menganjurkan seminar, majlis dialog, forum dan kursus-kursus.
  3. Membantu dalam menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada penagih dadah. 
  4. Bekerjasama dengan Jabatan-Jabatan kerajaan yang bersangkutan dan lain-lain pertubuhan sukarela dalam usaha mencegah penggunaan dadah khususnya di peringkat Mukim Hutan Melintang.

Senarai Jawatankuasa PEMADAM Mukim Hutan Melintang   

Pengerusi  : Nordin Bin Ahmad

Setiausaha : Siti Nor Alia Binti Mohd Saibi

Penolong Setiausaha : Mohd Razlan Bin Abdul Hamid

Ahli Jawatankuasa (AJK)

Monday, 2 July 2012

Program

Program  : Ihya Ramadan Peringkat Daerah Hilir Perak
Tarikh      : 28 Julai 2012
Tempat    : Bazar Ramadan Langkap & Masjid Jamek