Visi
Kearah Kesejahteraan Rakyat
Misi
Memenuhi Keperluan Rakyat Khususnya Di Peringkat Mukim Hutan Melintang
Hutan Melintang telah dibuka oleh orang-orang yang lari ketika berlakunya perang saudara Di Negeri Selangor. Hal nin berlaku disebabkan perebutan kuasa di antara Tengku Kudin dan Raja Mahadi yang mengakibatkan tercetusnya peperangan saudara yang berakhir pada tahun 1867. Pengikut Raja Mahadi yang diketuai oleh Pwang Katai telah berhijrah dan menyeberangi Sungai Bernam. Mereka kemudiannya telah sampai di suatu kawasan yang berhampiran Kuala Sungai Bernam yang masih dipenuhi hutan tebal. Apabila dilihat daripada sebelah Negeri Selangor dan daripada Kuala Sungai Bernam kedudukan hutan berkenaan adalah melintang. Maka berkampunglah mereka di penenpatan baru ini. sehingga ia menjadi sebuah perkampungan. Kini nama Hutan Melintang dijadikan nama mukim dan kawasan pilihanraya Dewan Undangan Negeri Hutan Melintang.
Pentadbiran Mukim
Mukim Hutan Melintang ditadbir oleh seorang Penghulu dan seorang Kerani Penghulu , 14 orang Ketua Kampung dan seorang Ketua Kaum Cina. Pejabat Penghulu Mukim Hutan Melintang terletak di Jalan Besar, Pekan Hutan Melintang yang merupakan sebuah agensi Kerajaan Negeri yang berfungsi sebagai Pentadbiran Mukim Hutan Melintang , khususnya bagi PEMBANGUNAN dan PERMODENAN sektor luar bandar dengan tumpuan utama ke arah membawa peningkatan terhadap kesejahteraan EKONOMI dan SOSIAL penduduk-penduduk luar bandar. Menwujudkan masyarakat luar bandar yang berdaya tahan, berinisiatif, berilmu dan memiliki nilai etika moral yang murni sejajar dengan hasrat wawasan 2020 yang mana masyarakat itu dapat menikmati kesejahteraan dan kualiti kehidupan yang lebih sempurna. Kampung-kampung berkenaan ialah:-
Bentuk Muka Bumi
Keadaan muka bumi yang rendah dan lembah
mengakibatkan kebanyakkan Mukim Hutan Melintang selalu mengalami banjir kilat .
Maka yang demikian , kini Hutan Melintang mempunyai sistem perparitan yang
panjang mengelilingi kampung-kampung.
Tanah
Kedudukan Mukim Hutan Melintang yang
mempunyai bentuk bumi landai, pamah dan subur menjadikannya kawasan yang penuh
dengan tanaman kelapa. Keluasan tanaman kelapa meliputi seluruh mukim dan
menjadikan sebahagian daripada rangkai “ Coconut Belt ” di Malaysia. Namun
disamping itu terdapat juga tanaman kelapa sawit yang mejoritinya diusahakan
oleh ladang-ladang gergasi milik swasta dan beberapa individu.
Keluasan
Mukim Hutan Melintang merupakan mukim yang
terluas di dalam Daerah Hilir Perak , di mana keluasan mukim ialah 127,008 ekar (
52,920 hektar ) mengandungi 14 buah kampung induk dan 1 perkampungan Cina.
Walaupun keluasan keseluruhan Mukim Hutan Melintang ialah 127,008 ekar atau pun
31.8 % daripada keluasan Daerah Hilir Perak namun keluasan kampung-kampung
di dalam mukim ini hanya 21 % daripada keluasan Mukim. Manakala ladang-ladang
gergasi milik swasta merangkumi 79 % daripada keluasan mukim.
Iklim
Mukim Hutan Melintang mempunyai iklim
torpika yang sekata di mana sukatan hujan yang boleh dikatakan tiada perbezaan
dengan tempoh terang.
Penduduk
Penduduk berjumlah lebih kurang 34,980
orang yang terdiri daripada pelbagai kaum berikut mengikut bancian
tahun 2000 :-
a)
Melayu - 22,855 Orang
b)
Cina - 6,361 Orang
c)
India - 5,764 Orang
Kemudahan Infrastruktur
a)
Bekalan Air - 100
%
b)
Bekalan Lektrik - 100 %
c)
Jalanraya - 100 %
d)
Jambatan - 22
e)
Talipon Awam - 34
f)
DOR - 19
g)
Titi - 89
h)
Pondok Bas - 31
Rumah Ibadat
a)
Masjid - 15
b)
Surau - 44
c)
Tokong - 06
d)
Kuil - 13
Pendidikan
a)
Sekolah Menengah - 04
b)
Sekolah Kebangsaan - 09
c)
Sek.Men.Agama Rakyat - 01
d)
Sek.Agama Rakyat - 20
e)
SRJK ( C ) - 02
f)
SRJK ( T ) - 05
g)
Tadika - 17
h)
Perpustakaan Awam - 04
Jabatan Kerajaan
a)
Bomba - 01
b)
Kelinik Bidan - 04
c)
Pusat Kesihatan - 03
d)
Balai Polis - 01
e)
Pej.Perikanan - 00
f)
Pondok Polis - 01
g)
Perk.Bank - 04
h)
Telekom - 01
i)
TNB Bekalan - 24
j)
Polis Marin - 00
k)
JKR Cawangan - 01
l)
Per.Nelayan - 02
Padang Permainan
a)
Padang Bola - 15
b)
Padang Permainan - 33
Pekerjaan
a) Petani - 3,748 Orang
b)
Nelayan - 413 Orang
c)
Kaki Tangan Kerajaan - 8,658 Orang
d)
Kerja Sendiri / Kilang - 7,033 Orang
Pertubuhan
a)
Ahli Pertubuhan Peladang - 13
b)
Pertubuhan Wanita - 13
c)
Pertubuhan Belia - 13
d)
Koperasi - 03
e)
Persatuan-persatuan - 13
Guna Tanah
a)
Padi - 0 Ekar
b)
Kelapa Sawit - 13,851 Ekar
c)
Kelapa - 1,644 Ekar
d)
Lain-lain - 346 Ekar
Ternakan
a)
Kerbua - 00 Ekor
b)
Lembu - 801 Ekor
c)
Kambing - 779 Ekor
d)
Ayam / Itik - 8430 Ekor
Industri
a)
Proses Mee Basah - 02
b)
Membekal Daging Beku - 03
c)
Memproses Chili Sos - 02
d)
Memproses Belacan - 01
e)
Bengkel Besi - 13
f)
Jerok Buahan - 00
Pentadbiran Mukim
Mukim Hutan Melintang ditadbir oleh seorang Penghulu dan seorang Kerani Penghulu , 14 orang Ketua Kampung dan seorang Ketua Kaum Cina. Pejabat Penghulu Mukim Hutan Melintang terletak di Jalan Besar, Pekan Hutan Melintang yang merupakan sebuah agensi Kerajaan Negeri yang berfungsi sebagai Pentadbiran Mukim Hutan Melintang , khususnya bagi PEMBANGUNAN dan PERMODENAN sektor luar bandar dengan tumpuan utama ke arah membawa peningkatan terhadap kesejahteraan EKONOMI dan SOSIAL penduduk-penduduk luar bandar. Menwujudkan masyarakat luar bandar yang berdaya tahan, berinisiatif, berilmu dan memiliki nilai etika moral yang murni sejajar dengan hasrat wawasan 2020 yang mana masyarakat itu dapat menikmati kesejahteraan dan kualiti kehidupan yang lebih sempurna. Kampung-kampung berkenaan ialah:-
- Kampung Hutan Melintang
- Kampung Tanjung Bayan
- Kampung Sungai Pulau
- Kampung Parit 11
- Kampung Sungai Sumun
- Kampung Parit Dayang ( Sungai Sumun 2)
- Kampung Bagan Parit 4
- Kampung Teluk Kerdu
- Kampung Teluk Buloh
- Kampung Sungai Keli / Kota
- Kampung Bagan Lalang
- Kampung Sungai Samak
- Kampung Sungai Manila
- Kampung Pulau Ganda Suli
- Kampung Simpang Empat
Sejarah Kampung-kampung berkenaan:
1. Kampung Hutan Melintang
Sejarahnya sama seperti Mukim Hutan Melintang
2. Kampung Tanjung Bayan
Nama Bayan diambil daripada burung bayan yang banyak terdapat dikawasan tersebut. Tanjung pula
daripada kedudukan persisiran Sungai Bernam yang berbentuk tanjung.
3. Kampung Sungai Pulau
Kampung Sungai Pulau mula dibuka pada tahun 1900 oleh sekumpulan peneroka keturunan Banjar.
Petempatan pertama adalah ditepi sungai. Kegiatan ekonomi pada masa itu ialah tanaman padi dan
nelayan kecil.
4. Kampung Parit 11
Dalam Kampung Parit 11 ada empat kampung iaitu Kampung Parit 9, Kampung Parit 10, Kampung
Parit 11, Kampung Parit 12 dan Kampung Parit 13. Pembukan Kampung Parit 11 bermula dari
Kampung Parit 9 pada tahun 1905 - 1909. Ia dibuka oleh seseorang yang bernama Pawang Megat
Pandak Mat Ariff bin Megat Sain yang berasal dari Kota Lama Kiri. Walaubagaimana pun, Kampung
Parit 13 dibuka oleh pada tahun 1913 oleh Abdul Hamid dan lebih dikenali sebagai Pak Hamid Keras
Kepala.

5. Kampung Sungai Sumun
Kampung Sungai Sumun mula dibuka pada tahun 1900, yang bermula Parit 8, Sungai Sumun. Kampung
tersebut telah dibuka oleh sekumpulan peneroka yang datang merantau dari Jawa, Indonesia yang
diketuai oleh Kijai Haji Marzuki atau lebih dikenali oleh Pak Sumun. Nama Pak Sumun inilah yang
diambil menjadi nama kampung.
diketuai oleh Kijai Haji Marzuki atau lebih dikenali oleh Pak Sumun. Nama Pak Sumun inilah yang
diambil menjadi nama kampung.
6. Kampung Sungai Samak
Kampung Bagan Lalang mula dibuka pada tahun 1926. Bagaimana pun petempatan penduduk bermula
pada tahun 1928, oleh sekumpulan peneroka yang diketuai Haji Zakaria bin Sammastawi. Asal nama
Kampung Sungai Samak diperolehi daripada pokok samak yang banyak terdapat di situ di mana ia
tumbuh di tepi sungai. Petempatan mereka bermula di kawasan Sungai Licin. Namun begitu sebelum
petempatan pada tahun 1928, ia dipercayai kampung tersebut telah pernah menjadi tempat pendaratan
tentera Aceh kerana terdapat sebuah kawasan yang dinamakan Benting Acih. Di situ terdapat perahu
Aceh dan peralatan perang Aceh di dalam tanah di tepi tebing jalan tepi sekolah ke Sungai Samak.
7. Kampung Sungai Manila
Kampung Sungai Manila dibuka pada tahun 1950 oleh Haji Abdul Manan bin Abdul Kadir bersama
sahabatnya Haji Baijuri serta 20 orang lain di tepi sungai di persekitaran Jalan Masjid Jamek Sungai
Manila. Nama Sungai Manila diperolehi daripada warna air yang terdapat di anak - anak sungai yang
seakan - akan warna nila. Pada ketika itu Sungai Manila juga lebih dikenali sebagai Kampung Pelanduk
Lemak.

No comments:
Post a Comment